Artinya:
"Ya Allah, limpahkanlah shalawat atas junjunan kami, Muhammad, dengan
suatu shalawat yang menye-babkan kami selamat dari semua ketakutan dan
malapetaka, yang menyebabkan Engkau menunaikan semua hajat kami, yang
menyebabkan Engkau me-nyucikan kami dari semua kejahatan, yang
menyebabkan Engkau mengangkat kami ke derajat yang tinggi di sisi-Mu,
dan yang menyebabkan Engkau menyampaian semua cita-cita kami berupa
kebaikan-kebaikan dunia dan akhirat."
Penjelasan:
Shalawat di atas disebutkan di dalam kitab Dalâ'il. Dalam syarah kitab
tersebut disebutkan riwayat dari Hasan bin 'Ali Al-Aswânî. Ia berkata,
"Barangsiapa yang membaca shalawat ini dalarn setiap perkara penting
atau bencana sebanyak seribu kali, niscaya Allah akan melepaskan bencana
itu darinya, dan menyampaikan apa yang diinginkannya."
Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani
Telah dikutip dari Al-Hasan bin ‘Ali Al-Aswani di dalam komentar
Ad-Dalail (penjelasan atau komentar dalam kandungan kitab kumpulan
solawat yang berjudul Dalailul Khairat), bahwa beliau telah berkata,
"Siapa yang membaca solawat ini sebanyak seribu kali ketika tertimpa
kesulitan dan musibah, Allah akan melapangkan [perkara itu] darinya dan
akan menyampaikan hajatnya."
Dan telah diriwayatkan dari Ibn
Al-Fakihani , dari Asy-Syaikh As-Solih Musa Ad-Darir , dan beliau telah
berkata: Aku pernah berlayar di sebuah laut. Tiba-tiba angin (angin
taufan) telah melanda atas kami. Sedikit manusia yang dapat selamat dari
tenggelam dan banyak orang telah menjerit-jerit didalam ketakutan.
Tiba-tiba aku merasa mengantuk dan aku telah tertidur. Aku telah melihat
An-Nabi di dalam mimpi dan Baginda telah berkata, "Katakanlah kepada
para penumpang kapal ini agar mereka mengucapkan sebanyak seribu kali,
"Wahai Allah, limpahkanlah solawat ke atas penghulu kami Muhammad, dan
juga ke atas keluarga penghulu kami Muhammad, solawat yang dengannya
kami diselamatkan . . . sehingga . . . setelah kami mati. "
Setelah terjaga dari tidur dan aku memberitahu para penumpang tentang
mimpiku itu, dan kami pun bersolawat dengannya (dengan ungkapan solawat
yang telah diterima di dalam mimpi itu) lebih kurang tiga ratus kali.
Allah melapangkan kami daripada keadaan yangmencemaskan itu.
Dan telah berkata As-Saiyid Muhammad Afandi `Abidin di dalam catatan
beliau (penjelasannya) bahawa Al-`Allamah Al-Musnid Ahmad Al-‘Attor
telah menyebutnya sebagai Solawat Al-Munjiyyah, dan beliau telah berkata
pada bagian akhirnya: Telah menambah Al-`Arif Al-Akbar dengan
kata-kata: Wahai Yang Paling Penyayang daripada segala yang bersifat
penyayang, wahai Allah.
Beliau telah berkata: Telah berkata
sebagian masyayikh: Siapa yang mengucapkannya sebanyak seribu kali
ketika ada kesulitan atau ketika turunnya musibah, Allah akan
melapangkan perkara itu darinya dan akan rnenyampaikan hajatnya. Dan
siapa yang memperbanyak membacanya pada waktu datang penyakit ta'un
[sedang menular],akan diamankan darinya. Dan siapa yang memperbanyak
membacanya ketika berlayar dilaut, akan diamankan dari tenggelam. Dan
siapa yang membacanya sebanyak lima ratus kali, akan disampaikan apa
yang dia inginkan di dalam hal menarik rezeki dan kekayaan, insya -
Allah Ta’ala, dan ia adalah sesuatu yang benar-benar mujarab pada semua
perkara itu. Dan Allah Ta’ala jua yang lebih mengetahui.
Dan
telah menyebut Asy-Syaikh As-Sowi kurang lebih sama di dalam komentar
mengenai Wird Ad-Dardir (wirid-wirid yang telah digubah oleh Asy-syaikh
Ahmad seorang guru bagi At-Toriqah Al-Khalwatiyyah, yang amat terkenal
di negara Mesir pada zamannya) yang telah mengutip dari As-Samhudi dan
Al-Malawi .
Dan telah berkata Asy-Syaikh Al-‘Arif Muhammad
Haqqi Afandi An-Nazili di dalam kitabnya Khazinah Al-Asror : Ketahuilah
bahwa solawat-solawat itu dibahagikan kepada empat ribu jenis, dan pada
satu riwayat yang lain, dua belas ribu. Setiap satu darinya telah
dipilih oleh satu jamaah dari ahli Timur dan Barat, sesuai dengan apa
yang telah mereka temui di dalam menjalin ikatan rohani di antara mereka
dengan Baginda dan dari apa yang mereka fahami padanya dari hal
keistimewaan-keistimewaan dan manfaat-manfaat, dan apa yang telah mereka
temui padanya dari hal rahasia-rahasia, yang setengahnya telah menjadi
masyhur melalui ujikaji dan melalui penyaksian di dalam mendapatkan
kelepasan daripada segala kesempitan dan pencapaian hasrat, seperti
Solawat Al-Munjiyyah ini.
Dan beliau telah menyebutkan bentuk
ungkapan itu. Kemudian, beliau telah berkata: Dan yang lebih utama ialah
dia mengucapkan, "Wahai Allah, limpahkanlah solawat atas penghulu kami
Muhammad dan atas keluarga penghulu kami Muhammad. Solawat yang
dengannya kami diselamatkan . . ." sehingga ke akhirnya, kerana apa yang
telah dikatakan oleh Baginda , "Apabila engkau sekalian bersolawat ke
atasku, jadikanlah ia umum (tidak dikhaskan untuk diri Baginda seorang,
tetapi juga mencakupi ahli keluarga Baginda ).
Dan kesannya,
dengan diikut sertakan keluarga Baginda itu, adalah lebih lengkap, dan
lebih umum, dan lebih banyak pahala dan manfaatnya dan lebih cepat untuk
dimakbulkan. Begitulah yang telah diwasiatkan kepadaku dan yang telah
diijazahkan kepadaku oleh sesetengah masyaikh.
Dan Asy-Syaikh
al-Akhbar juga telah menyebutnya dengan disertakan sebutan ahli keluarga
Baginda itu, dan beliau telah berkata bahwa ia adalah satu
perbendaharaan dari segala perbendaharaan Al-'Arsy (singgahsana Allah).
Sesungguhnya, siapa yang berdoa dengannya sebanyak seribu kali pada
tengah malam untuk hajat, hajat dunia atau hajat akhirat, Allah Ta`ala
akan menunaikan hajatnya. Sesungguhnya Ia (pengabulan bagi solawat ini)
adalah lebih cepat daripada kilauan kilat, dan ia adalah eliksir yang
agung dan penawar yang besar (sangat mujarab). Dan tiada dapat tiada,
hendaklah ia disembunyikan dan ditutupkan daripada yang bukan ahlinya.
Demikianlah sebagaimana ia telah disebutkan di dalam Sirr Al-Asror, dan
demikianlah juga sebagaimana yang telah disebutkan oleh Asy-Syaikh
Al-Buni dan Al-Imam Al-Jazuli mengenai keistimewaan-keistimewaan Solawat
Al- Munjiyyah dan juga penerangan rahasia-rahasianya. Dan hendaklah
engkau meninggalkannya (tidak menceritakan keistimewaan-keistimewaan dan
rahasia-rahasia ini kepada orang-orang yang fasik) agar tidak terjatuh
ke tangan orang-orang yang jahil. Dan semoga isyarat ini sudah mencukupi
untukmu.
(Sumber kitab Afdholus Sholawatu 'ala sayyida saddah karangan Asy-Syeikh Yusuf ibn Isma’il An-Nabhani)
Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi
Artikel KEUTAMAAN SHOLAWAT MUNJIYAT ini dipublish oleh Unknown pada hari Senin, 03 September 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan KEUTAMAAN SHOLAWAT MUNJIYAT
0 comments:
Posting Komentar